Tuesday 28 August 2012

Wasiat Untuk Ninja-Ninja Comel


Ana memang sangat lama nak bagi ucapan siap dapat standing ovation gitu. Hehe Tapi selama ni tak pernah berpeluang menyelinap masuk ke lingkaran bulatan gembira antum. Kali ni dapat juga menyelinap masuk melalui ruang-ruang huruf ni. Banyak perkara yg ana nak cakap tapi rasanya cukuplah ana pendekkan kepada beberapa poin penting

Akhi, jangan banyak berfikir tetapi tiada tindakan! Bertindak dahulu barulah cergas berfikir. Kalau terus berfikir dan berfikir tapi tidak bekerja, bergerak, beramal, percayalah bahawa kita hanya akan menjadi seorang daie yg tiada qudwah, lemah kerana banyak berfikir, dakwah akan rosak. Apa yg diputuskan syura maka terus lakukannya tanpa mempedulikan hasilnya. Kita sering memikirkan hasil kepada satu-satu usaha dakwah itu, sambutannya, impaknya, kelebihannya, sedangkan masa yang kita gunakan utk berfikir ttg perkara-perkara itu telah pun mensia-siakan masa kau utk bekerja!

Ikhwah, jangan bandingkan kami dengan antum. Setiap daie itu adalah juara. Setiap juara ada caranya masing-masing dalam merebut kemenangan dan mengalahkan kebatilan. Antum kena aktif berfikir cara-cara yang sesuai untuk mengembalikan mad’u-mad’u di sekeliling antum kepada Allah. Insya-Allah antum akan Berjaya mengikut cara yang sesuai di zaman antum. Kalau tak percaya antum semua juara, check out ayat 71 an-Nahl (Dalam ISK ada bincang ayat ni)

Akhi, beban yang kita tanggung ni ringan je. Bagaikan buih-buih di lautan je. Kenapa ana cakap macam tu? Sebabnya.. Cuba bandingkan bebanan yang ditanggung manusia-manusia yang terperangkap dan tertutup dalam sangkar jahiliyah. Ingat lagi masa kita dalam sangkar tu? Siksa kan? Serius perit sangat-sangat. Ana masih ingat lagi. Bebanan tu amat berat sehinggakan manusia yang duduk dalam sangkar tu hampir-hampir putus asa untuk teruskan hidup. Sebab bebanan jahiliyah, kebodohan, kemundurannya sangat berat berbanding kita yang sudah lama MULA meninggalkan jahiliyah. Akhi, berat sangatkah bebanan dakwah kita ni? Layakkah kita kata berat jika jutaan manusia yang sama agama dengan kita bernafas dengan udara yang tak sama dengan kita? Layakkah? Mereka mendiami satu alam yang tidak layak untuk alam manusia. Alam jahiliyah. Tapi kita hidup senang lenang dalam alam Islam. Sanggupkah kita katakan bebanan dakwah kita berat lagi dari bebanan mereka? Come on lah akhi, jangan ego. Mengakulah bahawa ada manusia yang berat lagi bebanannya…

Akhi, tahu tak satu perkara bahawa bebanan D&T yang kita pikul ni untuk sehari je. Tak perlu lah kita kenang-kenang beban-bebanan yang kita TELAH tanggung. Beban-beban semalam kita dah tanggung semalam, bukan hari ini. Mana boleh kita tanggung dua beban dalam satu masa. Beban semalam beban semalamlah. Beban hari ini pula tak ditanggung esok. Begitu pula untuk beban esok, tak perlu dipikul hari ini atau semalam. Sebab tu kita perlu bekerja keras hari ini kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih ada…?

Akhi, kita takkan Berjaya & menang melainkan dengan pertolongan Allah. Jangan rasa bahawa kerana cara dan perancangan yang kita dah buat itu adalah yang terbaik maka kita Berjaya kerana perancangan-perancangan dakwah itu. Bahkan berjayanya kita adalah kerana pertolongan daripada Allah. Jangan sekali-kali kita Berjaya dengan kelemahan yang ada pada kebatilan. Sama ada kebatilan kuat atau lemah kita tetap akan menang. Allah memudahkan kerja kita bila kita benar-benar meminta pertolongan dariNya. Dan yang pasti Allah akan meredai setiap usaha dan penat lelah para duat. Itu yang perlu kita yakini.

Insya-Allah kata-kata ini tak habis sekadar sini sahaja. Banyak lagi yang akan mendatang J

“Tiada usaha yang sia-sia, Cuma kejayaan yg lewat tiba”

Salam sayang,
Bro Ninja(murabbi simpanan)

2 comments:

  1. Terima kasih kerna sudi berkongsi ilmu yg ada akhi.. moga tsabat di atas landasan D&T ini, inshallah ;D

    ReplyDelete
  2. Amin, ana nak sangat tsabat mcm akhi di bumi Ashabul Kahf tu.. :)

    ReplyDelete