Tuesday 9 June 2015

INGAT MATI INGAT SAKIT | 5 Kelebihan Sakit Sebelum Ramadhan

BILA | APA | BAGAIMANA | MANA | KENAPA | SEJAUH MANA

Baru nak tulis pasal sakit-sakit dan mati-mati tapi kena pergi beli makan malam untuk famili.

Oklah, nanti aku sambung. See ya :)

.......................

Subhanallah! Satu perkataan yang mampu mengungkapkan rasa keterujaan aku hari ini.

Hari ini adalah hari ke-6 aku selsema. Nak cakap teruk tak jugak. Sebab aku memang dah biasa selsema. Cuma bezanya sejak sekian lama aku tak dijangkiti sakit selsema.

Jadi, kali ini diri aku tercabar dek sakit selsema aku ini. Memang telah lama aku leka dalam kesihatan yang Allah berikan. Aku leka. Aku tak mengira nikmat itu.

Jika hari-hari sakit aku boleh mengiranya dengan jari, mengapa hari-hari sihat aku tak boleh mengiranya?

Adakah kerana terlampau lama diberi kesihatan menjadi alasan untuk aku menafikan nikmat ini? Aku insaf. Orang kata ini cliche, tapi saat sekarang ini aku sedang merasakan kasih sayang Allah yang tak berbelah bagi.

Mari aku senaraikan satu persatu sebagai bukti;

1. Pengampunan dosa sebelum masuk bulan maghfirah

 Berbaki 14 hari lagi untuk menyambut Ramadhan ke 24 aku. Malang sekali aku yang sememangnya kurang melakukan persediaan Ramadhan ditimpa pula sakit demam selsema. Aku fikir aku malang, tetapi sedar tak sedar Allah sedang mengampuni dosaku sebelum bulan berkat ini lagi. Nangis.

2. Taat sewaktu sakit pahala dilipatganda

 Tak cukup dengan itu, sambil aku bina momentum untuk ramadhan, Allah gandakan pula pahala aku. Sebab dalam hadith memang ar-Rasul SAW ada sebut pahala ibadah untuk orang sakit berganda-ganda berbanding orang sihat. Oleh itu, aku sangat bersyukur Allah memilih aku sakit pada saat-saat ini. Kesakitan yang aku lalui saat ini benar-benar 'menghidupkan' perasaan aku. Perasaan aku untuk dekatkan diri dengan Tuhan yang Maha Menghidupkan.

Dah dua hadiah yang Allah bagi.

3. Diingatkan kematian yang melembutkan jiwa 

Allah ingatkan aku dengan kematian. Sudah lama aku tak merenungkan kematian. 3 bulan lepas aku sempat juga ziarah kubur. Dapat hayati sedikit sebanyak dekatnya keamtian. Cuma ia berlalu pergi dengan pantas. Aku memerlukan peringatan, Allah bagi kali ini. Syukur kepada Allah. Aku dapat belajar yang menangisi kematian sendiri lebih PENTING daripada menangisi kematian orang lain. Ar-Rasul SAW mengajarkan kita supaya mencintai kematian. Cintakan mati dapat menjadikan diri seorang yang produktif, aktif, progresif. Itu fakta. Seronoknya mati melembutkan hati kita, itu pesan Nabi kita SAW. Cuma yang kita perlu tanamkan bahawa mati-mati boleh terjadi bila-bila masa dengan apa sebab sekalipun. Cuma kita yang sering ditipu syaitan bahawa kita mati apabila tua, sakit kronik, dan sebagainya. Itu hanya mitos.

4. Bulan Ramadhan bukan bulan kesakitan

Ma sya Allah, aku sungguh kagum dan seronok dengan aturan Allah ini. Sedari bahawa Allah memberi kelonggaran untuk orang sakit berbuka puasa pada Ramadan, aku pula diberi sakit awal. Aku dapat rasa bahawa Allah nak bagi ruang untuk betul-betul fokus kepada dia ramadhan kali ini. Dengan kata lain, Allah bagi aku peluang kedua. T.T memang terharu. Poin aku, best je untuk nafsu tak puasa disebabkan sakit, tapi jelaslah beza orang yang ganti puasa dengan puasa semasa ramadhan. Aku bersyukur sekali lagi.

5. Sakit menderitakan jiwa, mencelikkan hati

Hidung aku menderita hingus cair selama 2 hari, hidung tersumbat dengan hingus kuning pula 4 hari. Tapi aku dapat merasakan keperitannya. Mungkin aku telah lama 'mati' dalam kehidupan, keselesaan, kesejahteraan. Kata lain, COMFORT ZONE. Sedangkan bila difikirkan semula, jenis sakit aku ini adalah sangat normal dan tidak mengganggu emosi dan sebagainya. Malangnya ia menjejaskan emosi aku, waktu study aku kerana sekarang musim ulangkaji. Poin aku ialah, aku suka benda yang mendididk diri dan tabiat aku, wallaupun pahit diterima sebenarnya. Aku menjadi lebih "baik" kepada manusia dalam keadaan lemah. Aku dapat merasakan betapa lemahnya diri manusia, dan betapa hebatnya kuasa Allah memberi kesakitan yang Dia mahukan dan kesembuhan bagi siapa yang Dia kehendaki. Aku taknak cakap banyak melainkan aku rasa akidah aku memang lemah. Sering juga aku bergantung kepada teori kepala aku yang mengatakan "ala nanti ni hilang lah sakit dalam beberapa hari, sekejap je ni", sedangkan Allah sedang menegur aku direct tapi aku lebih percaya dengan 'masa' dan 'cara' \ sebab yang akan menyembuhkan. Aku tertanya, mengapa aku begitu terlena dengan dunia? Bukankah Allah mampu menghidupkan yang sudah mati, malah menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA??!! Subhanallah... Diam tanda termenung kebesaranNya.


KESIMPULAN

Ok, celoteh panjang tak best kalau tak ada konklusi praktikal. Aku cuba jugak brainstorm apa-apa yang bermanfaat.

a) Buat jadual Zikrul Maut, supaya dapat lembutkan hati & Begin With The In Mind :)

b) Istiqomah bertaubat, budayakan taubat kerana kita tak dapat elak dosa kecils setiap hari. Ada orang jadikan solat malam sebagai masa taubatnya. Katakan dia susah sangat nak bangun, jadi jaranglah dia bertaubat. Bukankah ini perkara yagn merisaukan? Jadi, biasakan bertaubat tak kira siang atau siang. Jadilah ANAB, Segera Bertaubat!

c) Buat Indeks Hari Sihat supaya dapat analisis berapa hari diberi kesihatan dalam setahun. Cubalah dulu, mesti terasa nikmatnya :D Dengan itu juga, boleh refleks sejauh mana kita memaksimakan masa untuk Allah dan Islam. Allah, banyak betul masa relaks kita ini, kan?

Cukuplah sedikit kesimpulan.

Moga bermanfaat.

Jika suka, SHARE kepada teman lain ^^

-AbuG-

2330
09062015

Wednesday 13 March 2013

Bagaimana Menyentuh Hati Singa ?


Mitos: Murabbi ni MAMPU mendidik ikut bakat ke?


Kemana tak tumpah kuat kalau bukan ke nasi

Itu pepatah yg laris di bibir pendeta2 tanah malaya dok?? Tepat sekali kerana sifat2 Allah juga ada apa hambaNya. That's why kita kena jadi hamba yg Rabbani. Hamba yg mewarisi sifat2 yg ada pada Allah. Allah Maha Pemurah maka kita juga jadi wakilNya di bumi sebagai seorg yg pemurah. Allah Maha Adil, so kita pun kena adil terhadap manusia2 sekeliling kita...

Apabila kita menjadi Hamba Rabbani yg so-called Ideal ni, maka tumpah mauhib(bakat) mendidik hamba kepada hambaNya sendiri. Kecuali hamba Allah yg mempunyai ciri yg menghalang drpd mendidik sprt Gila, Cacat dsb. Kita ni kan sempurna, bimbinglah anak-anak ikan yg sediada dalam bulatan Kolam Bahagia kita!


Muayashah Tanpa Henti! 


Akhi,sedangkan singa boleh ditarbiah sehingga merindui murabbinya setelah beberapa tahun dipisahkan… Apatah lagi murabbi yg mendidik si pembunuh 99 orang yg terkumpul dosanya?? (trick sikit,murabbi pembunuh 99 orang mana sempat jumpa dgn mutarabbinya) satu2nya dalam sejarah manusia,mutarabbi yg masuk syurga sebelum sempat masuk Bulatan Gembira… hehehehey!

p/s: Tontonlah video manusia tarbiah singa sehingga singa jatuh Hati kpd manusia. Bayangkan kalau sebegitu mudah manusia mampu mentarbiah makhluk ganas yg tidak  ditaklifkan dgn tanggungjwb apa2, inikan mentarbiah makhluk yg berperisakeManusiaan.. Pasti lebih mudah nak sentuh nah!!

#kerjakeras#

Thursday 3 January 2013

Senjata Kata IkhwahKu =)


Setiap ikhwah mesti aku ada ingat kata-katanya.

KAta-kata mungkin banyak tetapi tidak sedikit yg aku tak ingat.

Begitu juga dgn kebaikan tingkah laku mereka, juga aku lupa.

Tetapi secebis perasaan yg dirasai atas keikhlasan ukhuwwah mereka takkan pernah sesekali aku lupakan.



Suatu tika dulu, masa rohani sedang laju dibina, itulah kali pertama.

Kali pertama merasai nikmat keruhanian yg sebegitu tinggi.

Teringatlah satu kata...

Akhi, positif akhi. Kalau nta tak gembira ana juga tak gembira akhi. Jikalau kehadiran ana sebagai akhi nta tak mampu menghilangkan kedukaan yg sedang nta rasai, aku tak layak digelar akhi utk nta.. Akhi, berfikiran positif akhi. In sya Allah, masalah itu bisa diselesaikan. ^-^
-Akhi S-

*sehingga kini setiap kali aku bertanya khabar kpd seseorg akhi tak kira baru atau lama dlm DnT, jika dia kelihatan moody aku terus menyapa dan pastikan emosinya bagus utk terus thabat di jalan ini.


Ketika ku sujud pula, tidak susah utk aku ingat akan kata-kata Akh W ini:

Tahu tak kita, masa dalam saat kehidupan KITA, posisi kita paling mulia dan tinggi darjat di saat kita mempersembahkan diri kita utk BERSUJUD kpd Allah. Kenapa ana cakap cenggitu ikhwah?? Sebab kita meletakkan anggota yg paling tinggi(forehead) di tempat yg paling rendah iaitu lantai. Ketika manusia nampak kita paling hina, disisi Pemilik Hati kita, yg bersujud lah yg paling mulia. Bahkan, orang yg merasai nikmatnya bersujud kepada Allah ialah orang yg bakal memimpin & mewarisi bumi ini...


Ketika aku sunyi aku sering ingat Akh H ini, kerana dia sahabat yg sgt istimewa bagiku. Katanya yg masih mengesani hati dan mindaku ialah....

Pilihan ni kita kena buat cepat-cepat. Tak boleh tunggu2 keajaiban lah, ape lah, baru nak berubah dan bergerak. Dalam kehidupan kena sentiasa cepat dan betul dalam membuat keputusan. Biasanya kalau cepat buat keputusan tu ialah keputusan yg betul dan tepat. Tapi pilihan yg ditunda-tunda biasanya ialah pilihan yg salah dan merugikan. Saat dilema atau futur, cepat-cepat buat keputusan. Perubahan diri semuanya di tangan bukan tangan aku, aku just bagi apa yg aku ada je. In sya Allah, thiqqah binnafs akhi(kena ada keyakinan pada diri akhi).... =)


Tidak kurang ada ikhwah yg aku sangat terkesan dgn khuluqnya...
Qiamnya terjaga. Aku tidaklah merasa tercabar...
Cuma rasa ingin mendekati orang yg sgt dekat dgn Allah.
Akhlaknya persis generasi sahabat2 ar-Rasul saw...
Itulah dia Akh F, Akh S, Akh Z...

Subhanallah, nikmat peroleh ikhwah dan ukhuwwah yg dirasai...
Aku tak dapat dustakan nikmat ini walau sesaat lamanya.....
Walau lemah dayaku, namun tetap aku mahu merasa apa yg ikhwah rasa...
Berilah aku kekuatan ya Allah utk menyayangi ikhwah sebagaimana sayangnya aku pada diriku sendiri...

Tak mampu lagi aku biarkan ikhwah merasa susah
Dengan hanya aku berdoa sekali sepurnama...



Tak kurang juga ada ikhwah yg dulunya aku sering nampak kelemahan dan kekurangannya,
sangkaku meleset apabila merekalah yg selalu saja menjadi sumber kekuatanku dikala aku lelap sedetik...
Itulah Akh K... Aku sayangkan dia ya Allah.... Sayang seperti adikku sendiri. Terus berikan dia kekuatan ya Allah..... Masa depannya aku lihat cukup cerah kerana dia mampu memimpin segerombolan manusia...


Tak kurang Akh H yg sering juga aku jadikan rujukan... Aku mahu sentiasa bersamanya tapi tidak rasa sekufu.. Namun itu bukan alasan utk aku terus meletakkan sempadan dlm ukhuwwah kami. Aku akan terus membelah hatiku utkNya semata mahu mengenalinya lebih jauh dan sama-sama aku dan dia meraih redaNya. Amin ya Allah....


Hati kita ni perlu diisi akhi. Kalau kita tak isi Allah dalamnya then confirm kita mesti akan isi dengan benda selain Allah. Tapi sebenarnya kalau benda selain Allah masuk dalam hati, hati akan tetap terasa kosong dan kacau bilau. Sebab ruh hati ni datang dari Allah, maka makanannya juga dari Allah. Akhi, jangan sesekali biar hati kita diisi benda selain Allah... =p

Kata Akh A ini masih aku ingat hingga sekarang walaupun sudah 3 tahun kata ini diungkapkan. Subhanallah, setiap kali aku tersedar dalam kelalaian pasti kata-kata ini membantu aku utk pulih dari kealpaan... Kata-kata yg bukan sekadar mengingatkan dan memahamkan, tetapi istimewanya ia membuat aku RASA... Rasa kenal dengan Allah...


Akhi sekali, Akh M adalah Akh yg tanpanya aku mungkin rasa hidup aku serba tak lengkap. Aku berkongsi banyak persamaan dengannya. Itulah istimewanya hubungan kami. Keazaman dan tingginya keinginan dan tekadnya buat aku lebih hammasah utk hidup tanpa henti merebut reda & maghfirahNya...


Thank You Allah for this wonderful Brotherhood. I cannot describe it by my writings. But I can summarize it by saying "Subhallah, surely without your mercy, I won't have such a feeling"

BROTHERHOOD, FOUNDATION OF GLORY ^-^

#Ya Allah.... Peliharalah hubungan yg kami bina selama 3 tahun ini, thabat dan gerakkan hati kami sebagaimana kau menggerakkan & menghidupkan hati Sahabat2 ridwanullahi alaihim ajmain...

Tuesday 6 November 2012

Belanjawan Jenis Apa ni Akhi?

Duit ada banyak.

Tapi suka memenuhi keperluan, perasaan, kehendak sendiri.

Duit tu infaq ke jalan Ilahi lah yg terbaik. Kata nak jadi Hamba Sejati dok?

Hamba Sejati memang akan mengorbankan syahwat-syahwat(keinginan) semata untuk mengejar reda Allah...

Kadang duit kita terlebih dan kita tidak tahu keutamaan kewangan kita. Ke arah mana kita patut belanjakan...



Contohnya, kita ada duit lebih. tak kira la JPA mahupun PTPTN dan biasiswa dari kerajaan Planet mana sekalipun. Lalu terlihatlah oleh kita akan poster-poster yg menggoda keinginan kita.

"Eh lawalah baju ni. Akhi AHY  dah ada baju ni,aku tak ada lagi"

"Almari aku tak cukup mampat lagi. Rugilah tempat-tempat kosong dalam almari aku. JATUH WAJIB beli boxer brand XCXX"

"Aku kena beli benda-benda ni, nanti aku futur kang baru tau. Menggelupur ikhwah tanpa aku"

"Kita kena jadi muslim versatail, kena ada pelbagai jenis baju untuk menceriakan hari kita. Dari Cheongsam sehinggalah ke baju Red Indian"

Hey hei hey! Tahukah ahi bahwa ahi sedang melampaui batas atau berlebihan dalam menginfaqkan(belanja) duit ahi tu?

Ye ana tau, memang banyak duit nta tapi berlebihan dalam sesuatu perkara boleh menjejaskan prestasi iman. Bahkan MengHanguskan!!!

Tengok ye, ana buktikan!

1) Lebih cakap mendorong kepada makan daging saudara(umpatan) --> fitnah, menipu! Bukankah cakap atau sembang lebih2 boleh membawa kepada dosa besar??! Dosa besar itu menhancurluluhkan iman yg superpower itu....!!!

2) Lebih makan mendorong kepada sakit perut. Bila sakit perut mulalah kurang masa untuk berbuat baik! Bila kurang buat baik maka jaga-jagalah dikau berada dalam marabahaya... Hehehe

3) Lebih ego mendorong kepada nak menang, nak berkuasa, nak mengatasi, nak lebih dari segalanya... Sedangkan ego tu milik Allah sahaja. Nak kuasa, nak menang, ingin rasa sentiasa benar dan betul. Terdoronglah dia untuk salahguna kuasa, khianat, rasuah, kedekut... Keluarlah segala sifat keji yg menjadi penyakit kepada hati yg mulus ni...

4) Lebih tidur. Orang yg lebih tidur, pengurusan masa dia sangat tak muntij lah kan. Kalau dia TERtidur 10 jam sehari maka 4 jam daripada masa harian dia dah pun tergadai dan terlunyai. Ada apa dgn 4 jam? 4 jam lama tu. Apa boleh terjadi dalam masa 4 jam?
  1. hafaz 2 page al-Quran & baca 2 juzuk al-Quran
  2. ma'thurat kubra + buku syahadatul haq + 2 artikel muharikah
  3. Dakwah di FB + Bulatan Gembira style Baghdad + jemurkan kain mad'u
  4. Lawat zoo dgn murabbi + sedekah makanan kpd anak ayam + menjala di Lautan Zombie
Tengok ni, baru ana titipkan ampat perkara sahaja. Sangat banyak benda boleh buat dalam sejam. Malah kalau dia itu superdaie hebat macam Paradise Merchant ie Sayyiduna Abu Bakar, pasti lebih banyak dia mampu.

p/s: Request lah kat Murabbi nak join Daurah Pengurusan Masa Daie kalau nta tu org yg sangat berlebihan dalam menggunakan waktu!!

Saudagar tegar macam Abu Bakar dulu antara subuh dgn zohor je dia mampu:
  • Ziarah org sakit
  • Kebumikan jenazah
  • Beri makan org miskin
  • Tolong golongan yg memerlukan pertolongan
Allahu Allah... Patutlah imannya tak senget ke lereng bukit apatah lagi turun ke gaung. Sebab Abu Bakar r.a sangat mencintai pahala. Bukankah sikap mencintai pahala ini termasuk dalam ciri-ciri daie yg ikhlas??

Ya! Memang itulah rahsianya. Kerana antara sebab lemahnya iman kita apabila kita kurang mencintai ganjaran pahala yg Allah kurniakan.

"Akhi, ana kena kurangkan solat rawatib ana, tak ruhi macam masa buat Mabit masa first-first join tarbiyah dulu-dolu."

"Eeh nta jangan, ana tak mampu penuhi jemputan nta sebagai muwajjih. Kata-kata ana tak lagi mampu membasahkan hati nta yg kering tu."

"Sekarang tak macam dulu. Dulu baca je mesti penuuh dgn ruh. Tapi sekarang baca buku fikrah tah kemana pergi ruhnya. Mungkin ni kesan ke'tiada'an ruh dalam e-Books ni. I should throw this iPad to the rubbish."

Itu semua adalah alasan karena kononnya dah tak rasa lah apa lah,nak tunggu kena ruhi dululah. Terlampau berfikrah sampai tak sempat cari ilmulah. Apa-apa and whatsoever ma'azirah(alasan) yg dikemukan lagi. Sedangkan rasa tak rasa, jangan kata lah. Itu bukan persoalannya. Tentulah banyak faktor yg main peranan dlm menimang hati yg basah siap lecak gitu...

Yg penting, reward and points kita biar tinggi. Setinggi points and rewards Abu Bakar lah!!

Allah tak tanya ibadah kita 'rasa' atau tidak. Tapi Allah tanya di hari perhisaban kelak, buat tak ibadah tu dan cuba tak untuk rasa-rasa-rasa??

(^-^) Salam Tarbiyah. Salam Dakwah. 

Sunday 21 October 2012

All-Out kah KITA?

Aku malu gila haritu aku main boling. Memang all-out ah untuk boling tu. Main seronok-seronok tapi sebab tournament kan. Jadi tiba2 all-out. Sungguh2 betul.

Kitorang dapat juara haritu. Memang tak rasa best apapun kalau bukan sebab hampernya. Haha

Hari ni aku sampai sakit2 badan. Sendi-sendi lengan dan peha agak sakit. Lenguh gitu. Then aku terfikir lah...

Ya Allah, untuk perkara keduniaan boleh je aku buat dengan sepenuh hati. Tapi kenapa untuk DnT aku masih berilek-rilek lagi ek...

Banyaknya aku rilek. Sedangkan dakwah ni mana ada rehat... Bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Kiranya bila dah dapat post sebagai khalifah ni kita akan jadi Daie Full-Time lah. Memang camtu hakikatnya...

Lagi aku rasa dussh dusssh bila aku tadabbur ayat 20 kedua-dua surah ni : 28 al-Qosos, 36 Yasin

 Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan 

berlari, lalu memberi nasihat Dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu. Yasin: 20


Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu".

Part yg aku dapat tadabbur ialah part yg aku merahkan tu.

Pergh memang rasa macam tak buat apa. Mutarabbi yg berada dalam takungan aku pun aku tak berikan mereka hak-hak diorang sepenuh hati... Bila usrah je tanya khabar dan perkembangan serta peningkatan mereka dlm sudut tertentu.

Tak ada pun unsur Berlari aku dalam dakwah setakat ni, mungkin lari-lari anak... T.T

Jealous betul tengok ikhwah yg bila buat amal tarbawi and da'awi diorang sangat sungguh2 dlm kerja mereka... All-out habis seolah-olah kehidupan mereka bakal berakhir sebentar lagi...

Ikhwah area mana ni? Ikhwah Bali kot! [Kredit]

Ayat 20 tu cerita dai'e kena sungguh2 cari orang bukan manusia yg cari daie. Bukanlah daie jika menunggu mad'u-mad'u nya datang kepadanya...

Dakwah takkan berkembang biar jikalau dai'ie tidak menangkap dan memukat manusia sasaran dakwah..

Jangan biarkan mereka berkeliaran di luar sana.. tugas kita untuk menarik mereka dari alam yg rendah kepada alam yg tertinggi. Alam yg terendah itulah dia alam jahiliyah. Alam jahiliyah bila berada di paras yg rendah oksigen jahiliyah lah yg disedutnya. Tapi kalau manusia2 itu ditarik masuk ke alam yg tertinggi ie alam Islamiyah maka bernafaslah mereka. Di alam Islamiyyah inilah oksigen untuk terus bernafas sebagai hamba Rabbani dibekalkan...

Tugas utama Daie untuk tarbiyah mutarabbi kita menjadi lebih hebat daripada kita. Membentuk muwassofat mereka sehingga menjadi Daie Super Agong!

Bila teringat Rasulullah ibadah pun dah bengkak-bengkak kaki memang boleh rasa bahawa tahap ibadah kita sangat lemah dan rendah... Allahu Allah.. T.T

Tu baru ibadah ar-Rasul saw. Belum lagi kesungguhan ar-Rasul saw semasa dakwahnya. Seperti di Taif, dibaling batu sehingga berlumuran darah. Allah... All-out sungguh!

Sahabat dan tabi'en diceritakan ada yg khatam al-Quran 8 kali sebulan.

Ada yg solat sunat 600 rakaat sehari! Allah... 600 sayang bukan 16!



Allahu Allah. Nampak sangatlah ketidak-full-time-an nya kita. Banyak main2 lagi dalam dakwah dan tarbiyah...

Wahai diri,umat ini sedang sesat dalam kesesatan. Mereka telah dibutakan dalam jahiliyah ketika mana mereka sedang celik dalam kegelapan!

Ya Allah maafkanlah diriku ini Ya Allah...

Aku masih tidak bersungguh-sungguh dalam dakwah ini Ya Allah...

Aku betul-betul mahu mengembalikan manusia kepada Engkau...

-Murabbi Simpanan-

Friday 19 October 2012

Manasia oh manasiyaaaa ( مانسي؟ )

Persoalan sekitar AnNas =)

-bisikan manusia dan bisikan syaiton mana lebih berbisa?
tengok kesan bisikan dua2, mana lagi berbisa dan bersangatan dahsyatnya...

-kenapa syaiton attack hati bukan otak?
kita tau kelemahan syaiton(pengecut: suka sembunyi). syaiton juga tahu kelemahan kita. tapi kenapa kita sering kalah? Lebih byk kalah drpd menang?

-kita nak jadi tentera Allah atau tentera syaiton?
kalau nak jadi tentera Allah kenapa sering kalah perang dgn syaiton sedangkan dah tau dah sebagai muslim; bekalan kita zikrullah. senjata kita doa. perisai kita al-Quran. kenapa mesti selalunya hati kita dlm wilayah 'kekuasaan' syaiton? Jawab4.....

-errrp, kita lahir ke dunia sebagai tentera siapa?
Dunia diciptakan sebagai tmpt lahirnya tentera siapa ek? (tanya soalan semula)

-apa contoh Ilah-ilah yg wujud yg sering didewakan oleh kita?
Katanya Allah Robb kita. Allah juga Malik kita. Allah juga Ilah kita. Tujuan kita. tapi kenapa banyak je manusia bertuhankan selain Allah(FB,Games,Wanita,Kereta,Bisnes,Bola,Kemewahan) sedangkan sebahagian yg berIlahkan selain Allah ramai je yg ada basic agama. TAHU je Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengawasi, Maha Memelihara. Why...?? (macam jawapan bocor je)

-kenapa kita mudah tewas kpd syaiton? sedangkan kita tahu dah kelemahan masing2?
Ha tak puas lagi, nak tanya jugak. Nape ye??

Selamat menjawab ;)

Tuesday 28 August 2012

Wasiat Untuk Ninja-Ninja Comel


Ana memang sangat lama nak bagi ucapan siap dapat standing ovation gitu. Hehe Tapi selama ni tak pernah berpeluang menyelinap masuk ke lingkaran bulatan gembira antum. Kali ni dapat juga menyelinap masuk melalui ruang-ruang huruf ni. Banyak perkara yg ana nak cakap tapi rasanya cukuplah ana pendekkan kepada beberapa poin penting

Akhi, jangan banyak berfikir tetapi tiada tindakan! Bertindak dahulu barulah cergas berfikir. Kalau terus berfikir dan berfikir tapi tidak bekerja, bergerak, beramal, percayalah bahawa kita hanya akan menjadi seorang daie yg tiada qudwah, lemah kerana banyak berfikir, dakwah akan rosak. Apa yg diputuskan syura maka terus lakukannya tanpa mempedulikan hasilnya. Kita sering memikirkan hasil kepada satu-satu usaha dakwah itu, sambutannya, impaknya, kelebihannya, sedangkan masa yang kita gunakan utk berfikir ttg perkara-perkara itu telah pun mensia-siakan masa kau utk bekerja!

Ikhwah, jangan bandingkan kami dengan antum. Setiap daie itu adalah juara. Setiap juara ada caranya masing-masing dalam merebut kemenangan dan mengalahkan kebatilan. Antum kena aktif berfikir cara-cara yang sesuai untuk mengembalikan mad’u-mad’u di sekeliling antum kepada Allah. Insya-Allah antum akan Berjaya mengikut cara yang sesuai di zaman antum. Kalau tak percaya antum semua juara, check out ayat 71 an-Nahl (Dalam ISK ada bincang ayat ni)

Akhi, beban yang kita tanggung ni ringan je. Bagaikan buih-buih di lautan je. Kenapa ana cakap macam tu? Sebabnya.. Cuba bandingkan bebanan yang ditanggung manusia-manusia yang terperangkap dan tertutup dalam sangkar jahiliyah. Ingat lagi masa kita dalam sangkar tu? Siksa kan? Serius perit sangat-sangat. Ana masih ingat lagi. Bebanan tu amat berat sehinggakan manusia yang duduk dalam sangkar tu hampir-hampir putus asa untuk teruskan hidup. Sebab bebanan jahiliyah, kebodohan, kemundurannya sangat berat berbanding kita yang sudah lama MULA meninggalkan jahiliyah. Akhi, berat sangatkah bebanan dakwah kita ni? Layakkah kita kata berat jika jutaan manusia yang sama agama dengan kita bernafas dengan udara yang tak sama dengan kita? Layakkah? Mereka mendiami satu alam yang tidak layak untuk alam manusia. Alam jahiliyah. Tapi kita hidup senang lenang dalam alam Islam. Sanggupkah kita katakan bebanan dakwah kita berat lagi dari bebanan mereka? Come on lah akhi, jangan ego. Mengakulah bahawa ada manusia yang berat lagi bebanannya…

Akhi, tahu tak satu perkara bahawa bebanan D&T yang kita pikul ni untuk sehari je. Tak perlu lah kita kenang-kenang beban-bebanan yang kita TELAH tanggung. Beban-beban semalam kita dah tanggung semalam, bukan hari ini. Mana boleh kita tanggung dua beban dalam satu masa. Beban semalam beban semalamlah. Beban hari ini pula tak ditanggung esok. Begitu pula untuk beban esok, tak perlu dipikul hari ini atau semalam. Sebab tu kita perlu bekerja keras hari ini kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih ada…?

Akhi, kita takkan Berjaya & menang melainkan dengan pertolongan Allah. Jangan rasa bahawa kerana cara dan perancangan yang kita dah buat itu adalah yang terbaik maka kita Berjaya kerana perancangan-perancangan dakwah itu. Bahkan berjayanya kita adalah kerana pertolongan daripada Allah. Jangan sekali-kali kita Berjaya dengan kelemahan yang ada pada kebatilan. Sama ada kebatilan kuat atau lemah kita tetap akan menang. Allah memudahkan kerja kita bila kita benar-benar meminta pertolongan dariNya. Dan yang pasti Allah akan meredai setiap usaha dan penat lelah para duat. Itu yang perlu kita yakini.

Insya-Allah kata-kata ini tak habis sekadar sini sahaja. Banyak lagi yang akan mendatang J

“Tiada usaha yang sia-sia, Cuma kejayaan yg lewat tiba”

Salam sayang,
Bro Ninja(murabbi simpanan)