Tuesday 9 June 2015

INGAT MATI INGAT SAKIT | 5 Kelebihan Sakit Sebelum Ramadhan

BILA | APA | BAGAIMANA | MANA | KENAPA | SEJAUH MANA

Baru nak tulis pasal sakit-sakit dan mati-mati tapi kena pergi beli makan malam untuk famili.

Oklah, nanti aku sambung. See ya :)

.......................

Subhanallah! Satu perkataan yang mampu mengungkapkan rasa keterujaan aku hari ini.

Hari ini adalah hari ke-6 aku selsema. Nak cakap teruk tak jugak. Sebab aku memang dah biasa selsema. Cuma bezanya sejak sekian lama aku tak dijangkiti sakit selsema.

Jadi, kali ini diri aku tercabar dek sakit selsema aku ini. Memang telah lama aku leka dalam kesihatan yang Allah berikan. Aku leka. Aku tak mengira nikmat itu.

Jika hari-hari sakit aku boleh mengiranya dengan jari, mengapa hari-hari sihat aku tak boleh mengiranya?

Adakah kerana terlampau lama diberi kesihatan menjadi alasan untuk aku menafikan nikmat ini? Aku insaf. Orang kata ini cliche, tapi saat sekarang ini aku sedang merasakan kasih sayang Allah yang tak berbelah bagi.

Mari aku senaraikan satu persatu sebagai bukti;

1. Pengampunan dosa sebelum masuk bulan maghfirah

 Berbaki 14 hari lagi untuk menyambut Ramadhan ke 24 aku. Malang sekali aku yang sememangnya kurang melakukan persediaan Ramadhan ditimpa pula sakit demam selsema. Aku fikir aku malang, tetapi sedar tak sedar Allah sedang mengampuni dosaku sebelum bulan berkat ini lagi. Nangis.

2. Taat sewaktu sakit pahala dilipatganda

 Tak cukup dengan itu, sambil aku bina momentum untuk ramadhan, Allah gandakan pula pahala aku. Sebab dalam hadith memang ar-Rasul SAW ada sebut pahala ibadah untuk orang sakit berganda-ganda berbanding orang sihat. Oleh itu, aku sangat bersyukur Allah memilih aku sakit pada saat-saat ini. Kesakitan yang aku lalui saat ini benar-benar 'menghidupkan' perasaan aku. Perasaan aku untuk dekatkan diri dengan Tuhan yang Maha Menghidupkan.

Dah dua hadiah yang Allah bagi.

3. Diingatkan kematian yang melembutkan jiwa 

Allah ingatkan aku dengan kematian. Sudah lama aku tak merenungkan kematian. 3 bulan lepas aku sempat juga ziarah kubur. Dapat hayati sedikit sebanyak dekatnya keamtian. Cuma ia berlalu pergi dengan pantas. Aku memerlukan peringatan, Allah bagi kali ini. Syukur kepada Allah. Aku dapat belajar yang menangisi kematian sendiri lebih PENTING daripada menangisi kematian orang lain. Ar-Rasul SAW mengajarkan kita supaya mencintai kematian. Cintakan mati dapat menjadikan diri seorang yang produktif, aktif, progresif. Itu fakta. Seronoknya mati melembutkan hati kita, itu pesan Nabi kita SAW. Cuma yang kita perlu tanamkan bahawa mati-mati boleh terjadi bila-bila masa dengan apa sebab sekalipun. Cuma kita yang sering ditipu syaitan bahawa kita mati apabila tua, sakit kronik, dan sebagainya. Itu hanya mitos.

4. Bulan Ramadhan bukan bulan kesakitan

Ma sya Allah, aku sungguh kagum dan seronok dengan aturan Allah ini. Sedari bahawa Allah memberi kelonggaran untuk orang sakit berbuka puasa pada Ramadan, aku pula diberi sakit awal. Aku dapat rasa bahawa Allah nak bagi ruang untuk betul-betul fokus kepada dia ramadhan kali ini. Dengan kata lain, Allah bagi aku peluang kedua. T.T memang terharu. Poin aku, best je untuk nafsu tak puasa disebabkan sakit, tapi jelaslah beza orang yang ganti puasa dengan puasa semasa ramadhan. Aku bersyukur sekali lagi.

5. Sakit menderitakan jiwa, mencelikkan hati

Hidung aku menderita hingus cair selama 2 hari, hidung tersumbat dengan hingus kuning pula 4 hari. Tapi aku dapat merasakan keperitannya. Mungkin aku telah lama 'mati' dalam kehidupan, keselesaan, kesejahteraan. Kata lain, COMFORT ZONE. Sedangkan bila difikirkan semula, jenis sakit aku ini adalah sangat normal dan tidak mengganggu emosi dan sebagainya. Malangnya ia menjejaskan emosi aku, waktu study aku kerana sekarang musim ulangkaji. Poin aku ialah, aku suka benda yang mendididk diri dan tabiat aku, wallaupun pahit diterima sebenarnya. Aku menjadi lebih "baik" kepada manusia dalam keadaan lemah. Aku dapat merasakan betapa lemahnya diri manusia, dan betapa hebatnya kuasa Allah memberi kesakitan yang Dia mahukan dan kesembuhan bagi siapa yang Dia kehendaki. Aku taknak cakap banyak melainkan aku rasa akidah aku memang lemah. Sering juga aku bergantung kepada teori kepala aku yang mengatakan "ala nanti ni hilang lah sakit dalam beberapa hari, sekejap je ni", sedangkan Allah sedang menegur aku direct tapi aku lebih percaya dengan 'masa' dan 'cara' \ sebab yang akan menyembuhkan. Aku tertanya, mengapa aku begitu terlena dengan dunia? Bukankah Allah mampu menghidupkan yang sudah mati, malah menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA??!! Subhanallah... Diam tanda termenung kebesaranNya.


KESIMPULAN

Ok, celoteh panjang tak best kalau tak ada konklusi praktikal. Aku cuba jugak brainstorm apa-apa yang bermanfaat.

a) Buat jadual Zikrul Maut, supaya dapat lembutkan hati & Begin With The In Mind :)

b) Istiqomah bertaubat, budayakan taubat kerana kita tak dapat elak dosa kecils setiap hari. Ada orang jadikan solat malam sebagai masa taubatnya. Katakan dia susah sangat nak bangun, jadi jaranglah dia bertaubat. Bukankah ini perkara yagn merisaukan? Jadi, biasakan bertaubat tak kira siang atau siang. Jadilah ANAB, Segera Bertaubat!

c) Buat Indeks Hari Sihat supaya dapat analisis berapa hari diberi kesihatan dalam setahun. Cubalah dulu, mesti terasa nikmatnya :D Dengan itu juga, boleh refleks sejauh mana kita memaksimakan masa untuk Allah dan Islam. Allah, banyak betul masa relaks kita ini, kan?

Cukuplah sedikit kesimpulan.

Moga bermanfaat.

Jika suka, SHARE kepada teman lain ^^

-AbuG-

2330
09062015