Tuesday 28 August 2012

Wasiat Untuk Ninja-Ninja Comel


Ana memang sangat lama nak bagi ucapan siap dapat standing ovation gitu. Hehe Tapi selama ni tak pernah berpeluang menyelinap masuk ke lingkaran bulatan gembira antum. Kali ni dapat juga menyelinap masuk melalui ruang-ruang huruf ni. Banyak perkara yg ana nak cakap tapi rasanya cukuplah ana pendekkan kepada beberapa poin penting

Akhi, jangan banyak berfikir tetapi tiada tindakan! Bertindak dahulu barulah cergas berfikir. Kalau terus berfikir dan berfikir tapi tidak bekerja, bergerak, beramal, percayalah bahawa kita hanya akan menjadi seorang daie yg tiada qudwah, lemah kerana banyak berfikir, dakwah akan rosak. Apa yg diputuskan syura maka terus lakukannya tanpa mempedulikan hasilnya. Kita sering memikirkan hasil kepada satu-satu usaha dakwah itu, sambutannya, impaknya, kelebihannya, sedangkan masa yang kita gunakan utk berfikir ttg perkara-perkara itu telah pun mensia-siakan masa kau utk bekerja!

Ikhwah, jangan bandingkan kami dengan antum. Setiap daie itu adalah juara. Setiap juara ada caranya masing-masing dalam merebut kemenangan dan mengalahkan kebatilan. Antum kena aktif berfikir cara-cara yang sesuai untuk mengembalikan mad’u-mad’u di sekeliling antum kepada Allah. Insya-Allah antum akan Berjaya mengikut cara yang sesuai di zaman antum. Kalau tak percaya antum semua juara, check out ayat 71 an-Nahl (Dalam ISK ada bincang ayat ni)

Akhi, beban yang kita tanggung ni ringan je. Bagaikan buih-buih di lautan je. Kenapa ana cakap macam tu? Sebabnya.. Cuba bandingkan bebanan yang ditanggung manusia-manusia yang terperangkap dan tertutup dalam sangkar jahiliyah. Ingat lagi masa kita dalam sangkar tu? Siksa kan? Serius perit sangat-sangat. Ana masih ingat lagi. Bebanan tu amat berat sehinggakan manusia yang duduk dalam sangkar tu hampir-hampir putus asa untuk teruskan hidup. Sebab bebanan jahiliyah, kebodohan, kemundurannya sangat berat berbanding kita yang sudah lama MULA meninggalkan jahiliyah. Akhi, berat sangatkah bebanan dakwah kita ni? Layakkah kita kata berat jika jutaan manusia yang sama agama dengan kita bernafas dengan udara yang tak sama dengan kita? Layakkah? Mereka mendiami satu alam yang tidak layak untuk alam manusia. Alam jahiliyah. Tapi kita hidup senang lenang dalam alam Islam. Sanggupkah kita katakan bebanan dakwah kita berat lagi dari bebanan mereka? Come on lah akhi, jangan ego. Mengakulah bahawa ada manusia yang berat lagi bebanannya…

Akhi, tahu tak satu perkara bahawa bebanan D&T yang kita pikul ni untuk sehari je. Tak perlu lah kita kenang-kenang beban-bebanan yang kita TELAH tanggung. Beban-beban semalam kita dah tanggung semalam, bukan hari ini. Mana boleh kita tanggung dua beban dalam satu masa. Beban semalam beban semalamlah. Beban hari ini pula tak ditanggung esok. Begitu pula untuk beban esok, tak perlu dipikul hari ini atau semalam. Sebab tu kita perlu bekerja keras hari ini kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih ada…?

Akhi, kita takkan Berjaya & menang melainkan dengan pertolongan Allah. Jangan rasa bahawa kerana cara dan perancangan yang kita dah buat itu adalah yang terbaik maka kita Berjaya kerana perancangan-perancangan dakwah itu. Bahkan berjayanya kita adalah kerana pertolongan daripada Allah. Jangan sekali-kali kita Berjaya dengan kelemahan yang ada pada kebatilan. Sama ada kebatilan kuat atau lemah kita tetap akan menang. Allah memudahkan kerja kita bila kita benar-benar meminta pertolongan dariNya. Dan yang pasti Allah akan meredai setiap usaha dan penat lelah para duat. Itu yang perlu kita yakini.

Insya-Allah kata-kata ini tak habis sekadar sini sahaja. Banyak lagi yang akan mendatang J

“Tiada usaha yang sia-sia, Cuma kejayaan yg lewat tiba”

Salam sayang,
Bro Ninja(murabbi simpanan)

Tuesday 14 August 2012

Nikmat Jadi Murabbi

Dulu masa aku lama sikit dlm tarbiyah aku dah rasa teringin sangat nak jadi murabbi. Last-last bila ada group yg akan dibulatan gembirakan aku dikecewakan kerana tak dipertanggungjawab untuk jadi murabbi. Mungkin hanya jadi samu. Bukan Sang Murabbi. Subtitute-murabbi. Murabbi simpanan.

Aku hanya jadi murabbi bila aku diperlukan.

Tapi aku reda je. Aku berkata dalam hati "Mungkin hakikatnya aku belum bersedia... Walaupun hati aku nak sangat jadi murabbi". Mungkin korang nak tau, ramai je daie yg ketar lutut bila dengar nak kena murabbi. Waktu tu, waktu tu lah, niat aku supaya aku dapat jaga diri aku. Aku pernah tanya murabbi aku sendiri, ikhlas ke jadi murabbi kalau niat cenggitu.

Dia balas balik dengan soalan-soalan demi soalan. Boleh dikatakan ikhlas sebab akhirnya pokok pangkalnya nak jaga diri supaya dapat taat perintah Allah. Cuma ikhlas ni sangat banyak peringkatnya. So aku pun terus menyiapkan diri dgn ilmu & amal yg secukupnya. Dengan harapan bila ada ruang untuk aku berperanan dalam tarbiyah, dapatlah peluang untuk aku jadi murabbi.

Masa pun terus berlalu dan berlalu...

Kini dah habis 2 tahun pengajian asasi aku. Habis bulan Mac, masuk degree bulan September. Cukup lama cuti. Hampir 6 bulan. Aku hanya follow-up ex-ex DF aku je. Serius tak berapa best. DF mcm x ada bonding. Sbb dapat mulazamah(berdamping) dengan dia sekejap je. Lagipun DF tu dah duduk bawah usrah org lain.

Dalam cuti 6 bulan tu aku DF la adik aku. Usrah dgn dia. Adik perempuan kan, senang je tersentuh dgn penangan tarbiyah. Semangat je bila nak usrah. Masa ni la antara masa yg aku latih juga diri untuk preparation jadi murabbi.

Akhirnya pada Mei aku dah dapat usrah sementara untuk cuti. Murabbi baru memang layak digelar Murabbi Agung la. Serius best usrah dengan dia. Tapi lama-lama aku still tak seronok sbbnya aku x ada usrah sendiri. Yang aku cater.

Aku pun mengadu kat murabbi baru aku tu. Dia pun kata sabar ye. Dia tengah cari usrah yg memerlukan murabbi. Dia kata bagus la kalau dah rasa nak berperanan. Selalunya murabbi yang akan suggest supaya bawa usrah bila dah 'mampu'. Tapi aku lain sebab aku yg minta. Cuma aku x bangga apapun. Bagi aku benda tu izzah kpd diri seorg daie. Rasa mulia betul dapat penghormatan jadi daie sekaligus murabbi. Kerja org yg paling mulia di kalangan manusia ni para anbiya' & rasul lah. So kira bangga la kan, he he. Kena bangga kan? :)

Alhamdulillah pada tanggal sekian-sekian dalam bulan Jun 2012 officially aku murabbi. Siap ada pair/partner lagi sebab first time bawa kan. So mas'ul sekolah tu takut murabbi baru x berani nak bawa sorang2 lagi. Sepanjang aku bawa memang terasa kepuasan dalam tarbiyah ni. Selama ni hanya mendungu disuap dan dijamu vitamin rohani, fikri mahupun jasadi. Kali ni giliran aku pula untuk takwin golongan yang dahagakan tarbiyah. Subhanallah, cukup indah. Fullstop.

Masa pun berlalu...

Hari ini, Ogos 26 Ramadhan 1433. Baru tadi aku usrah dgn adik-adik di sekolah. Dorang baru habis trial SPM. Macam2 cerita dorg. Budak-budak SBP biasalah. Soalan bocor,kepenatan stay-up,cabaran utk khatam Quran & qiyam lailatul qadr & macam2 lagi. Kami dgr dgn penuh perhatian. Telinga kadang-kadang rasa ada empat, sebab mutarabbi banyak sangat benda nak cerita & kongsi.

Akhir sesi usrah,aku pun jadi macam sebak semacam. Rupanya aku sedar dah tiba masanya kami berpisah setelah baru beberapa bulan bersama membina & memperbaiki diri untukNya. Awal September aku dah kena daftar kolej dah. Pengalaman memang cukup banyak sepanjang aku & akh sorang lagi cater dorang. Macam2 skill guna utk jaga & tackle hati dorang supaya bersungguh dalam tarbiyah. Padahal berapa bulan je. Tak sampai 4 bulan pun. Tapi serius rasa kasih sayang mendalam gila. Patut aku pernah dengar murabbi kena jadi macam seorg ayah yg sentiasa mengasihi anaknya. Aku sedar time tu besar gila rupanya peranan murabbi ni. Apa yg murabbi buat insyaAllah akan ditiru oleh mutarabbinya. Dan apa yg murabbi buat kpd mutarabbinya, mutarabbi yg wanna-be murabbi tu akan buat kepada bakal mutarabbinya benda yg sama juga.

Barulah aku sedar rupanya itulah apa yg dirasai oleh murabbi aku first sekali, termasuklah yg kedua(sekarang). Perasaan kasih sayang terhadap para mutarabbinya yang sangat mendalam. Subhanallah, tak tahu macam mana nak digambarkan dalam hentakan-hentakan jari ni. Untuk merasainya kita perlu melaluinya dahulu. Ia satu proses bukan pengetahuan.

Jadi mutarabbi saja selama-lamanya sangatlah menggambarkan betapa mandulnya dakwah kita yg kita ikuti ini. Kenapa mandul? Sebab melahirkan akh-akh yang mandul yg tak mampu menjadi murabbi yg melahirkan ramai lagi pemuda berfikrah Islam tulen. Rijal untuk mendokong cita-cita dakwah yg amat tinggi.

Alhamdulillah, segala puji hanya layak untukNya. Aku amat bersyukur dengan perasaan yang Allah limpahkan ni dan berharap perasaan ni terus kekal dalam jiwa para daie. Perasaan obses untuk mendidik manusia lain menjadi benar-benar rabbani.

:) Moga Allah tak sesekali padam nama korang dalam memori hidup Abang. Tak sesekali. Rindu kepada korang merajut kembali di kesunyian malam al-Qadr....


Murabbi Bro Ninja