Tuesday 6 November 2012

Belanjawan Jenis Apa ni Akhi?

Duit ada banyak.

Tapi suka memenuhi keperluan, perasaan, kehendak sendiri.

Duit tu infaq ke jalan Ilahi lah yg terbaik. Kata nak jadi Hamba Sejati dok?

Hamba Sejati memang akan mengorbankan syahwat-syahwat(keinginan) semata untuk mengejar reda Allah...

Kadang duit kita terlebih dan kita tidak tahu keutamaan kewangan kita. Ke arah mana kita patut belanjakan...



Contohnya, kita ada duit lebih. tak kira la JPA mahupun PTPTN dan biasiswa dari kerajaan Planet mana sekalipun. Lalu terlihatlah oleh kita akan poster-poster yg menggoda keinginan kita.

"Eh lawalah baju ni. Akhi AHY  dah ada baju ni,aku tak ada lagi"

"Almari aku tak cukup mampat lagi. Rugilah tempat-tempat kosong dalam almari aku. JATUH WAJIB beli boxer brand XCXX"

"Aku kena beli benda-benda ni, nanti aku futur kang baru tau. Menggelupur ikhwah tanpa aku"

"Kita kena jadi muslim versatail, kena ada pelbagai jenis baju untuk menceriakan hari kita. Dari Cheongsam sehinggalah ke baju Red Indian"

Hey hei hey! Tahukah ahi bahwa ahi sedang melampaui batas atau berlebihan dalam menginfaqkan(belanja) duit ahi tu?

Ye ana tau, memang banyak duit nta tapi berlebihan dalam sesuatu perkara boleh menjejaskan prestasi iman. Bahkan MengHanguskan!!!

Tengok ye, ana buktikan!

1) Lebih cakap mendorong kepada makan daging saudara(umpatan) --> fitnah, menipu! Bukankah cakap atau sembang lebih2 boleh membawa kepada dosa besar??! Dosa besar itu menhancurluluhkan iman yg superpower itu....!!!

2) Lebih makan mendorong kepada sakit perut. Bila sakit perut mulalah kurang masa untuk berbuat baik! Bila kurang buat baik maka jaga-jagalah dikau berada dalam marabahaya... Hehehe

3) Lebih ego mendorong kepada nak menang, nak berkuasa, nak mengatasi, nak lebih dari segalanya... Sedangkan ego tu milik Allah sahaja. Nak kuasa, nak menang, ingin rasa sentiasa benar dan betul. Terdoronglah dia untuk salahguna kuasa, khianat, rasuah, kedekut... Keluarlah segala sifat keji yg menjadi penyakit kepada hati yg mulus ni...

4) Lebih tidur. Orang yg lebih tidur, pengurusan masa dia sangat tak muntij lah kan. Kalau dia TERtidur 10 jam sehari maka 4 jam daripada masa harian dia dah pun tergadai dan terlunyai. Ada apa dgn 4 jam? 4 jam lama tu. Apa boleh terjadi dalam masa 4 jam?
  1. hafaz 2 page al-Quran & baca 2 juzuk al-Quran
  2. ma'thurat kubra + buku syahadatul haq + 2 artikel muharikah
  3. Dakwah di FB + Bulatan Gembira style Baghdad + jemurkan kain mad'u
  4. Lawat zoo dgn murabbi + sedekah makanan kpd anak ayam + menjala di Lautan Zombie
Tengok ni, baru ana titipkan ampat perkara sahaja. Sangat banyak benda boleh buat dalam sejam. Malah kalau dia itu superdaie hebat macam Paradise Merchant ie Sayyiduna Abu Bakar, pasti lebih banyak dia mampu.

p/s: Request lah kat Murabbi nak join Daurah Pengurusan Masa Daie kalau nta tu org yg sangat berlebihan dalam menggunakan waktu!!

Saudagar tegar macam Abu Bakar dulu antara subuh dgn zohor je dia mampu:
  • Ziarah org sakit
  • Kebumikan jenazah
  • Beri makan org miskin
  • Tolong golongan yg memerlukan pertolongan
Allahu Allah... Patutlah imannya tak senget ke lereng bukit apatah lagi turun ke gaung. Sebab Abu Bakar r.a sangat mencintai pahala. Bukankah sikap mencintai pahala ini termasuk dalam ciri-ciri daie yg ikhlas??

Ya! Memang itulah rahsianya. Kerana antara sebab lemahnya iman kita apabila kita kurang mencintai ganjaran pahala yg Allah kurniakan.

"Akhi, ana kena kurangkan solat rawatib ana, tak ruhi macam masa buat Mabit masa first-first join tarbiyah dulu-dolu."

"Eeh nta jangan, ana tak mampu penuhi jemputan nta sebagai muwajjih. Kata-kata ana tak lagi mampu membasahkan hati nta yg kering tu."

"Sekarang tak macam dulu. Dulu baca je mesti penuuh dgn ruh. Tapi sekarang baca buku fikrah tah kemana pergi ruhnya. Mungkin ni kesan ke'tiada'an ruh dalam e-Books ni. I should throw this iPad to the rubbish."

Itu semua adalah alasan karena kononnya dah tak rasa lah apa lah,nak tunggu kena ruhi dululah. Terlampau berfikrah sampai tak sempat cari ilmulah. Apa-apa and whatsoever ma'azirah(alasan) yg dikemukan lagi. Sedangkan rasa tak rasa, jangan kata lah. Itu bukan persoalannya. Tentulah banyak faktor yg main peranan dlm menimang hati yg basah siap lecak gitu...

Yg penting, reward and points kita biar tinggi. Setinggi points and rewards Abu Bakar lah!!

Allah tak tanya ibadah kita 'rasa' atau tidak. Tapi Allah tanya di hari perhisaban kelak, buat tak ibadah tu dan cuba tak untuk rasa-rasa-rasa??

(^-^) Salam Tarbiyah. Salam Dakwah. 

Sunday 21 October 2012

All-Out kah KITA?

Aku malu gila haritu aku main boling. Memang all-out ah untuk boling tu. Main seronok-seronok tapi sebab tournament kan. Jadi tiba2 all-out. Sungguh2 betul.

Kitorang dapat juara haritu. Memang tak rasa best apapun kalau bukan sebab hampernya. Haha

Hari ni aku sampai sakit2 badan. Sendi-sendi lengan dan peha agak sakit. Lenguh gitu. Then aku terfikir lah...

Ya Allah, untuk perkara keduniaan boleh je aku buat dengan sepenuh hati. Tapi kenapa untuk DnT aku masih berilek-rilek lagi ek...

Banyaknya aku rilek. Sedangkan dakwah ni mana ada rehat... Bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Kiranya bila dah dapat post sebagai khalifah ni kita akan jadi Daie Full-Time lah. Memang camtu hakikatnya...

Lagi aku rasa dussh dusssh bila aku tadabbur ayat 20 kedua-dua surah ni : 28 al-Qosos, 36 Yasin

 Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan 

berlari, lalu memberi nasihat Dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu. Yasin: 20


Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu".

Part yg aku dapat tadabbur ialah part yg aku merahkan tu.

Pergh memang rasa macam tak buat apa. Mutarabbi yg berada dalam takungan aku pun aku tak berikan mereka hak-hak diorang sepenuh hati... Bila usrah je tanya khabar dan perkembangan serta peningkatan mereka dlm sudut tertentu.

Tak ada pun unsur Berlari aku dalam dakwah setakat ni, mungkin lari-lari anak... T.T

Jealous betul tengok ikhwah yg bila buat amal tarbawi and da'awi diorang sangat sungguh2 dlm kerja mereka... All-out habis seolah-olah kehidupan mereka bakal berakhir sebentar lagi...

Ikhwah area mana ni? Ikhwah Bali kot! [Kredit]

Ayat 20 tu cerita dai'e kena sungguh2 cari orang bukan manusia yg cari daie. Bukanlah daie jika menunggu mad'u-mad'u nya datang kepadanya...

Dakwah takkan berkembang biar jikalau dai'ie tidak menangkap dan memukat manusia sasaran dakwah..

Jangan biarkan mereka berkeliaran di luar sana.. tugas kita untuk menarik mereka dari alam yg rendah kepada alam yg tertinggi. Alam yg terendah itulah dia alam jahiliyah. Alam jahiliyah bila berada di paras yg rendah oksigen jahiliyah lah yg disedutnya. Tapi kalau manusia2 itu ditarik masuk ke alam yg tertinggi ie alam Islamiyah maka bernafaslah mereka. Di alam Islamiyyah inilah oksigen untuk terus bernafas sebagai hamba Rabbani dibekalkan...

Tugas utama Daie untuk tarbiyah mutarabbi kita menjadi lebih hebat daripada kita. Membentuk muwassofat mereka sehingga menjadi Daie Super Agong!

Bila teringat Rasulullah ibadah pun dah bengkak-bengkak kaki memang boleh rasa bahawa tahap ibadah kita sangat lemah dan rendah... Allahu Allah.. T.T

Tu baru ibadah ar-Rasul saw. Belum lagi kesungguhan ar-Rasul saw semasa dakwahnya. Seperti di Taif, dibaling batu sehingga berlumuran darah. Allah... All-out sungguh!

Sahabat dan tabi'en diceritakan ada yg khatam al-Quran 8 kali sebulan.

Ada yg solat sunat 600 rakaat sehari! Allah... 600 sayang bukan 16!



Allahu Allah. Nampak sangatlah ketidak-full-time-an nya kita. Banyak main2 lagi dalam dakwah dan tarbiyah...

Wahai diri,umat ini sedang sesat dalam kesesatan. Mereka telah dibutakan dalam jahiliyah ketika mana mereka sedang celik dalam kegelapan!

Ya Allah maafkanlah diriku ini Ya Allah...

Aku masih tidak bersungguh-sungguh dalam dakwah ini Ya Allah...

Aku betul-betul mahu mengembalikan manusia kepada Engkau...

-Murabbi Simpanan-

Friday 19 October 2012

Manasia oh manasiyaaaa ( مانسي؟ )

Persoalan sekitar AnNas =)

-bisikan manusia dan bisikan syaiton mana lebih berbisa?
tengok kesan bisikan dua2, mana lagi berbisa dan bersangatan dahsyatnya...

-kenapa syaiton attack hati bukan otak?
kita tau kelemahan syaiton(pengecut: suka sembunyi). syaiton juga tahu kelemahan kita. tapi kenapa kita sering kalah? Lebih byk kalah drpd menang?

-kita nak jadi tentera Allah atau tentera syaiton?
kalau nak jadi tentera Allah kenapa sering kalah perang dgn syaiton sedangkan dah tau dah sebagai muslim; bekalan kita zikrullah. senjata kita doa. perisai kita al-Quran. kenapa mesti selalunya hati kita dlm wilayah 'kekuasaan' syaiton? Jawab4.....

-errrp, kita lahir ke dunia sebagai tentera siapa?
Dunia diciptakan sebagai tmpt lahirnya tentera siapa ek? (tanya soalan semula)

-apa contoh Ilah-ilah yg wujud yg sering didewakan oleh kita?
Katanya Allah Robb kita. Allah juga Malik kita. Allah juga Ilah kita. Tujuan kita. tapi kenapa banyak je manusia bertuhankan selain Allah(FB,Games,Wanita,Kereta,Bisnes,Bola,Kemewahan) sedangkan sebahagian yg berIlahkan selain Allah ramai je yg ada basic agama. TAHU je Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengawasi, Maha Memelihara. Why...?? (macam jawapan bocor je)

-kenapa kita mudah tewas kpd syaiton? sedangkan kita tahu dah kelemahan masing2?
Ha tak puas lagi, nak tanya jugak. Nape ye??

Selamat menjawab ;)

Tuesday 28 August 2012

Wasiat Untuk Ninja-Ninja Comel


Ana memang sangat lama nak bagi ucapan siap dapat standing ovation gitu. Hehe Tapi selama ni tak pernah berpeluang menyelinap masuk ke lingkaran bulatan gembira antum. Kali ni dapat juga menyelinap masuk melalui ruang-ruang huruf ni. Banyak perkara yg ana nak cakap tapi rasanya cukuplah ana pendekkan kepada beberapa poin penting

Akhi, jangan banyak berfikir tetapi tiada tindakan! Bertindak dahulu barulah cergas berfikir. Kalau terus berfikir dan berfikir tapi tidak bekerja, bergerak, beramal, percayalah bahawa kita hanya akan menjadi seorang daie yg tiada qudwah, lemah kerana banyak berfikir, dakwah akan rosak. Apa yg diputuskan syura maka terus lakukannya tanpa mempedulikan hasilnya. Kita sering memikirkan hasil kepada satu-satu usaha dakwah itu, sambutannya, impaknya, kelebihannya, sedangkan masa yang kita gunakan utk berfikir ttg perkara-perkara itu telah pun mensia-siakan masa kau utk bekerja!

Ikhwah, jangan bandingkan kami dengan antum. Setiap daie itu adalah juara. Setiap juara ada caranya masing-masing dalam merebut kemenangan dan mengalahkan kebatilan. Antum kena aktif berfikir cara-cara yang sesuai untuk mengembalikan mad’u-mad’u di sekeliling antum kepada Allah. Insya-Allah antum akan Berjaya mengikut cara yang sesuai di zaman antum. Kalau tak percaya antum semua juara, check out ayat 71 an-Nahl (Dalam ISK ada bincang ayat ni)

Akhi, beban yang kita tanggung ni ringan je. Bagaikan buih-buih di lautan je. Kenapa ana cakap macam tu? Sebabnya.. Cuba bandingkan bebanan yang ditanggung manusia-manusia yang terperangkap dan tertutup dalam sangkar jahiliyah. Ingat lagi masa kita dalam sangkar tu? Siksa kan? Serius perit sangat-sangat. Ana masih ingat lagi. Bebanan tu amat berat sehinggakan manusia yang duduk dalam sangkar tu hampir-hampir putus asa untuk teruskan hidup. Sebab bebanan jahiliyah, kebodohan, kemundurannya sangat berat berbanding kita yang sudah lama MULA meninggalkan jahiliyah. Akhi, berat sangatkah bebanan dakwah kita ni? Layakkah kita kata berat jika jutaan manusia yang sama agama dengan kita bernafas dengan udara yang tak sama dengan kita? Layakkah? Mereka mendiami satu alam yang tidak layak untuk alam manusia. Alam jahiliyah. Tapi kita hidup senang lenang dalam alam Islam. Sanggupkah kita katakan bebanan dakwah kita berat lagi dari bebanan mereka? Come on lah akhi, jangan ego. Mengakulah bahawa ada manusia yang berat lagi bebanannya…

Akhi, tahu tak satu perkara bahawa bebanan D&T yang kita pikul ni untuk sehari je. Tak perlu lah kita kenang-kenang beban-bebanan yang kita TELAH tanggung. Beban-beban semalam kita dah tanggung semalam, bukan hari ini. Mana boleh kita tanggung dua beban dalam satu masa. Beban semalam beban semalamlah. Beban hari ini pula tak ditanggung esok. Begitu pula untuk beban esok, tak perlu dipikul hari ini atau semalam. Sebab tu kita perlu bekerja keras hari ini kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih ada…?

Akhi, kita takkan Berjaya & menang melainkan dengan pertolongan Allah. Jangan rasa bahawa kerana cara dan perancangan yang kita dah buat itu adalah yang terbaik maka kita Berjaya kerana perancangan-perancangan dakwah itu. Bahkan berjayanya kita adalah kerana pertolongan daripada Allah. Jangan sekali-kali kita Berjaya dengan kelemahan yang ada pada kebatilan. Sama ada kebatilan kuat atau lemah kita tetap akan menang. Allah memudahkan kerja kita bila kita benar-benar meminta pertolongan dariNya. Dan yang pasti Allah akan meredai setiap usaha dan penat lelah para duat. Itu yang perlu kita yakini.

Insya-Allah kata-kata ini tak habis sekadar sini sahaja. Banyak lagi yang akan mendatang J

“Tiada usaha yang sia-sia, Cuma kejayaan yg lewat tiba”

Salam sayang,
Bro Ninja(murabbi simpanan)

Tuesday 14 August 2012

Nikmat Jadi Murabbi

Dulu masa aku lama sikit dlm tarbiyah aku dah rasa teringin sangat nak jadi murabbi. Last-last bila ada group yg akan dibulatan gembirakan aku dikecewakan kerana tak dipertanggungjawab untuk jadi murabbi. Mungkin hanya jadi samu. Bukan Sang Murabbi. Subtitute-murabbi. Murabbi simpanan.

Aku hanya jadi murabbi bila aku diperlukan.

Tapi aku reda je. Aku berkata dalam hati "Mungkin hakikatnya aku belum bersedia... Walaupun hati aku nak sangat jadi murabbi". Mungkin korang nak tau, ramai je daie yg ketar lutut bila dengar nak kena murabbi. Waktu tu, waktu tu lah, niat aku supaya aku dapat jaga diri aku. Aku pernah tanya murabbi aku sendiri, ikhlas ke jadi murabbi kalau niat cenggitu.

Dia balas balik dengan soalan-soalan demi soalan. Boleh dikatakan ikhlas sebab akhirnya pokok pangkalnya nak jaga diri supaya dapat taat perintah Allah. Cuma ikhlas ni sangat banyak peringkatnya. So aku pun terus menyiapkan diri dgn ilmu & amal yg secukupnya. Dengan harapan bila ada ruang untuk aku berperanan dalam tarbiyah, dapatlah peluang untuk aku jadi murabbi.

Masa pun terus berlalu dan berlalu...

Kini dah habis 2 tahun pengajian asasi aku. Habis bulan Mac, masuk degree bulan September. Cukup lama cuti. Hampir 6 bulan. Aku hanya follow-up ex-ex DF aku je. Serius tak berapa best. DF mcm x ada bonding. Sbb dapat mulazamah(berdamping) dengan dia sekejap je. Lagipun DF tu dah duduk bawah usrah org lain.

Dalam cuti 6 bulan tu aku DF la adik aku. Usrah dgn dia. Adik perempuan kan, senang je tersentuh dgn penangan tarbiyah. Semangat je bila nak usrah. Masa ni la antara masa yg aku latih juga diri untuk preparation jadi murabbi.

Akhirnya pada Mei aku dah dapat usrah sementara untuk cuti. Murabbi baru memang layak digelar Murabbi Agung la. Serius best usrah dengan dia. Tapi lama-lama aku still tak seronok sbbnya aku x ada usrah sendiri. Yang aku cater.

Aku pun mengadu kat murabbi baru aku tu. Dia pun kata sabar ye. Dia tengah cari usrah yg memerlukan murabbi. Dia kata bagus la kalau dah rasa nak berperanan. Selalunya murabbi yang akan suggest supaya bawa usrah bila dah 'mampu'. Tapi aku lain sebab aku yg minta. Cuma aku x bangga apapun. Bagi aku benda tu izzah kpd diri seorg daie. Rasa mulia betul dapat penghormatan jadi daie sekaligus murabbi. Kerja org yg paling mulia di kalangan manusia ni para anbiya' & rasul lah. So kira bangga la kan, he he. Kena bangga kan? :)

Alhamdulillah pada tanggal sekian-sekian dalam bulan Jun 2012 officially aku murabbi. Siap ada pair/partner lagi sebab first time bawa kan. So mas'ul sekolah tu takut murabbi baru x berani nak bawa sorang2 lagi. Sepanjang aku bawa memang terasa kepuasan dalam tarbiyah ni. Selama ni hanya mendungu disuap dan dijamu vitamin rohani, fikri mahupun jasadi. Kali ni giliran aku pula untuk takwin golongan yang dahagakan tarbiyah. Subhanallah, cukup indah. Fullstop.

Masa pun berlalu...

Hari ini, Ogos 26 Ramadhan 1433. Baru tadi aku usrah dgn adik-adik di sekolah. Dorang baru habis trial SPM. Macam2 cerita dorg. Budak-budak SBP biasalah. Soalan bocor,kepenatan stay-up,cabaran utk khatam Quran & qiyam lailatul qadr & macam2 lagi. Kami dgr dgn penuh perhatian. Telinga kadang-kadang rasa ada empat, sebab mutarabbi banyak sangat benda nak cerita & kongsi.

Akhir sesi usrah,aku pun jadi macam sebak semacam. Rupanya aku sedar dah tiba masanya kami berpisah setelah baru beberapa bulan bersama membina & memperbaiki diri untukNya. Awal September aku dah kena daftar kolej dah. Pengalaman memang cukup banyak sepanjang aku & akh sorang lagi cater dorang. Macam2 skill guna utk jaga & tackle hati dorang supaya bersungguh dalam tarbiyah. Padahal berapa bulan je. Tak sampai 4 bulan pun. Tapi serius rasa kasih sayang mendalam gila. Patut aku pernah dengar murabbi kena jadi macam seorg ayah yg sentiasa mengasihi anaknya. Aku sedar time tu besar gila rupanya peranan murabbi ni. Apa yg murabbi buat insyaAllah akan ditiru oleh mutarabbinya. Dan apa yg murabbi buat kpd mutarabbinya, mutarabbi yg wanna-be murabbi tu akan buat kepada bakal mutarabbinya benda yg sama juga.

Barulah aku sedar rupanya itulah apa yg dirasai oleh murabbi aku first sekali, termasuklah yg kedua(sekarang). Perasaan kasih sayang terhadap para mutarabbinya yang sangat mendalam. Subhanallah, tak tahu macam mana nak digambarkan dalam hentakan-hentakan jari ni. Untuk merasainya kita perlu melaluinya dahulu. Ia satu proses bukan pengetahuan.

Jadi mutarabbi saja selama-lamanya sangatlah menggambarkan betapa mandulnya dakwah kita yg kita ikuti ini. Kenapa mandul? Sebab melahirkan akh-akh yang mandul yg tak mampu menjadi murabbi yg melahirkan ramai lagi pemuda berfikrah Islam tulen. Rijal untuk mendokong cita-cita dakwah yg amat tinggi.

Alhamdulillah, segala puji hanya layak untukNya. Aku amat bersyukur dengan perasaan yang Allah limpahkan ni dan berharap perasaan ni terus kekal dalam jiwa para daie. Perasaan obses untuk mendidik manusia lain menjadi benar-benar rabbani.

:) Moga Allah tak sesekali padam nama korang dalam memori hidup Abang. Tak sesekali. Rindu kepada korang merajut kembali di kesunyian malam al-Qadr....


Murabbi Bro Ninja

Saturday 7 July 2012

65 Tahun Merangkak Ke Masjid






Di dalam suasana akhir zaman ini yang mana rata-rata keinginan untuk amalan agama makin terhakis di kalangan ummat. Berlebih lagi peratus orang yang bersolat begitu kecil apa lagi dengan peratus orang yang solat berjemaah. Namun begitu masih lagi terdapat insan yang tidak sempurna sanggup ke masjid untuk solat berjemaah miski pun terpaksa merangkak bilamana iman menyelinap ke anggota badan.

Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa sekiranya diketahui pahalanya (solat Suboh berjemaah) maka pasti mereka akan datang walau pun terpaksa merangkak. Hadis ini telah pun dipraktikkan oleh insan yang penulis sebutkan iaitu Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat suboh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak. 

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpecil di Selatan Azizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahunditambah dengan kecacatan tubohnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Kita, miski pun mengetahui fadhilat dan ganjaran pahala serta celaannya, namun tidak mampu untuk berbuat demikan. Ke hulu ke hilir kita boleh berjalan untuk shooping atau berjoging namun ke masjid . . . .

Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. 

Insyaallah.

Monday 11 June 2012

RAMADHAN DAH DEKAT AKHI, EWAH...!

Wah seronoknya ramadhan makin menjelma,


jom sambut dengan penuh kesungguhan.


Sebabnya sangat bersebab!


Sebulan penuh pengampunan, rahmat, pelepasan daripada azab neraka bermakna


bulan penuh taqwa.


Bulan untuk mencari taqwa!


Surah al-Baqarah ayat berapa ek?


Ha! Ini dia ayatnya 195 "...Wa tazawwadu fa inna khairazzadittaqwa..."


Jawapan kepada persoalan dlm ayat 185 al-Baqarah.


Hehe, bahayakan orang Malaysia sambut raya lebih seronok daripada sambut ramadhan.


Maknanya kita kena buat persiapan yg gila-bapak-mantap(maafkan Pakcik kerana menggunakan ayat pasar) utk menghadapi ramadhan ini!


Sebabnya sekali lagi, BEKALAN TAQWA yg kita nak save ni untuk 11 bulan mendatang.


Adohai hai, penting kot. Rejab & Sya3ban ni kena latih diri kita seintensif yg mungkin la.


Dakwah kena meningkat time2 ni, tarbiah kena makin superb!


Ohoi hoi, ni ha Pakcik nak kongsi satu cerita...


Ini dia, baca dan hayati:


3 hari yang lalu Pakcik bertemu seorang manusia yg saya gelar Abang la. Namanya Abang Pik saya panggil. Dia ni pernah ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab, Hadith dsb. Yang paling menarik sekali ialah dia berada di Mesir sewaktu bulan Ramadhan. Apa yang ditemui cukup unik & dahsyat.


Inilah antara dialognya:


"Masa Abang di Egypt tu, jumpalah dengan siapa-siapa pun. Pengemis ke, peniaga ke, kontraktor ke, tukang kayu ke, polis ke, tentera ke, doktor ke, semuanya bagus sangat-sangat." Semangat Abang tu.


"Apa yang bagusnya, kat Malaysia pun ada semua tu. Bukan Mesir sama teruk macam negara Barat lain ke?  Dengar-dengarnya yang belajar di sana kalau tak jadi Nabi Musa jadi Firaun. He He He" Saya berseloroh.


"Abang puji mereka bagus bukan kerana profesion mereka itu, tapi Abang rasa macam mimpi bila tengok setiap tangan mereka memegang kitab suci al-Quran. Pergh! Serius macam rasa sedang bermimpi! Subhanallah. Penghayatan mereka terhadap bulan mulia Ramadhan memang superduperosem! Malu gila kot umat Islam Malaysia jauh lagi la dengan umat Islam di Mesir." luahnya.


"Eh, serius ke ni Bang? Saya dengar pun macam omputih kata UNBELIEVABLE. Biar betul Abang ni. Berapi-api cerita ni, saja tambah-tambah apa. Saya masih tak boleh percaya la." Serius serta bertambah nak tahu lagi.


"Iye, takkan Abang nak tipu pula. Yalah, mana taknya. Dakwah di sana jauh lebih hebat di bumi Malaysia ni. Kata pun bumi anbiya', lebih-lebih 'Islam' la mereka. He He He." Gurau Abang Pik.


"MasyaAllah dahsyat la. Saya kena pergi la macam tu, menuntut ilmu disana. Betul tak Abang Pik?" Tanya saya.


"Ha lagi Abang setuju. Tapi sebelum itu ketahui satu lagi 'keajaiban' sebelum kesana supaya puas melihat cahaya Islam di sana yang benar-benar masuk ke dalam setiap ruh individu Muslim. Jika kamu berjalan di Mesir pada waktu siang hari kamu akan dapati sangat sedikit orang di bandar-bandarnya. Kalau kamu jumpa manusia yang sedang berjalan tu memang serius tabik lah! Tahu sebabnya? Sebabnya mereka suka duduk di rumah dan berehat. Sebab tu susah nak jumpa orang masa siang." kata Abang Pik penuh semangat sengaja buat saya terus tertanya-tanya.


"La dah time Ramadhan nak rehat apa lagi Bang? Banyakkan ibadah la. Baru menghayati Ramadhan namanya. Hu Hu Hu." Gurau saya kepada Abang Pik.


"Kamu ni oi, takkan lah mereka rehat di rumah sengaja-sengaja kot. Mereka rehat di rumah, entah rehat tu pun agaknya tengah baca al-Quran, zikrullah, rehat supaya malamnya mereka boleh ibadah semaksimum yang mungkin. Subhanallah, mantap kan mereka! :) " Kata Abang Pik.


*****

Lihat realiti di Mesir. Tahun perginya Abang Pik ke Mesir sengaja dirahsiakan supaya kita rasa lebih malu dengan keadaan kita sekarang. Kita dan umat Islam khususnya di Malaysia.

Kesimpulannya, ehem!

BERBEKALLAH DENGAN BEKALAN YG PALING BANYAK PADA RAMADHAN KALI INI!
KITA TAKKAN DAPAT BERBEKAL DENGAN BEKALAN YANG TERHEBAT MELAINKAN DENGAN PERSIAPAN YANG PALING MANTAP!

Wuhuuuu, Pakcik nak sahur dulu.
Bai kawan-kawan.
Jumpa lagi di syurga.
Muah serta salam buatmu kawanku.








-mood ninja-

Wednesday 23 May 2012

Talibarut Diktator Jamal Abdul Naseer Diseksa Allah Di Dunia Lagi



Pada pukul enam pagi tanggal 7/12/1954, bendera hitam dikibarkan di penjara Kaherah dan orang-orang yang dijatuhi hukuman mati dengan diiringi pengawal, berkaki ayam dan memakai pakaian orang tahanan berwarna merah.

Pada pukul lapan pagi, bermulalah hukuman mati terhadap enam orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin: Mahmud Abdul Latif, Yusuf Thala’at, Handawi Dawir, Ibrahim Ath Thayyib, Muhammad Farghali dan Abdul Qadir Audah. Keenam-enam orang ini berjalan ke tali gantung, dengan keberanian luar biasa dan memuji Allah karena mendapat kemuliaan syahid”.

“Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya”. ( Surah Ali Imran: 143).

Salah seorang diantara mereka Syeikh Abdul Qadir Audah , seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah, “Darahku akan menjadi laknat ke atas mereka yang melakukan kezaliman terhadap diriku."

Allah telah tunjukkan kekuasaan-Nya...Semua yang buat kerja jahat terhadap para ulamak Allah balas di dunia lagi.

Jamal Salim Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada pejuang Islam menderita sakit saraf yg kronik. Ginjalnya tidak berfungsi.Tak boleh buang air kecil dan akhirnya mati keracunan, Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun. Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah. Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun. Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati. Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur. Bahkan kuburnya digenangi aliran air.

Semoga Allah SWT mengumpulkan kita dan pejuang-pejuang yang gugur syahid di jalan-Nya bersama Rasulullah SAW di dalam surga-Nya yang mulia. Amin.





-NINJA-



Monday 14 May 2012

DUNIA UMPAMA MENGKARUNG


Dunia umpama mengkarung.
Pertukaran warnanya memperdayakanku melakukan dosa.
Lalu aku menjauhi dan memusuhinya.
Aku mendapatinya cuba menerjah masuk ke dalam diriku.
Lalu ku perteguhkan hubungan diriku dengan Penciptanya…

Zikir berpanjangan sentiasa memeliharaku.



Video Sesumpah tukar warna: Sumpah Menipu Daya

Sumber: Ar-Roqoiq - Muhammad Ahmad Ar-Roshid

-NINJA-

Sunday 22 April 2012

MEMBINALAH, WALAU MERUNTUH LEBIH MUDAH



Hai!

Anda sedang berubah?

Anda sedang membina diri menjadi org yg baik dari hari ke hari?

Lalu anda dah bosan menjadi baik?

Anda dah tak kuat macam dulu?

Anda yg tak menguatkan diri anda bukan?

Anda mahu buat dosa semula?

Anda mahu kembali ke alam jahiliyah anda semula?

Sini saya ada beberapa patah kata utk anda supaya menjadi hamba yg bijaksani:



Apakah kau mahu meruntuhkan dan memusnahkan binaan diri yg telah kau bina selama beberapa tahun ini...


Sungguh rugi jika kau membelok ke jalan yg bengkok, sedangkan jalan yg lurus itu bukan sekadar luas malah lubang-lubang dan halangan-halangannya bukan seperti yg kau sangkakan...


Bersabarlah wahai jiwa dan kuatkanlah kesabaran itu, jiwa yg beriman tidak mungkin kembali walau sesaat kepada kekufuran...


Jiwa yg dahagakan cahaya iman itulah jiwa manusia.

Jiwa yg tergilakan kekufuran bukanlah jiwa sebenar manusia.

Jiwa jenis ini(tergilakan kekufuran) memerlukan masa yg panjang utk mengawal kegilaan terhadap kekufuran itu.

Pengawalan itu mestilah disertakan dgn amal-amal yg dapat meningkatkan nilai jiwa dan iman manusia.


-NINJA-